Oleh Mohd Sabran Md Sani


Pernahkah anda melalui pengalaman berkelah sambil menjamu sandwic di ba-ngunan batu?

Tidak perlu risau kesesakan lalu lintas dan keadaan cuaca tidak menentu.

Jika ingin konsep santai, anda boleh duduk di lantai dengan beralaskan tikar atau rumput tiruan atau memesan makanan sambil duduk di kerusi khas di sekitar kafe.

Konsep baru ini dibawa dua sahabat yang juga Pengarah Eksekutif Urusan Syarikat Zesty Solution Sdn Bhd Shaheera Djafar dan Pengarah Urusan-nya, Shahrin Sharif.

'The Picnic Table By Simply Sandwiches' ini ialah kafe pertama yang berbeza dan unik malah menepati cita rasa masyarakat kota.

Penulis bersama blogger mendapat jemputan menikmati konsep santai diperkenalkan dua sahabat itu.

Sebelum ini, dua sahabat itu mengusahakan produk sandwic jenama Simply Sandwiches di rumah pejabat (SOHO) di Apartmen D'Rimba Jalan Kenyalang, Kota Damansara, tiga tahun lalu.

Shahrin berkata, The Picnic Table By Simply Sandwiches menyediakan kafe makan berkonsepkan 'indoor picnic' yang amat selesa, selamat dan bersih.

"Ia memberi peluang masyarakat kota menikmati suasana santai bersama keluarga dan rakan.

"Mereka boleh duduk bersama di rumput tiruan dan bersembang dengan ahli keluarga atau orang tersayang," katanya.

Beroperasi setiap hari kecuali Isnin, kafe itu membawakan satu konsep pemakanan sihat.

"Kami menghidangkan pelbagai juadah makanan bertepatan dengan tema perkelahan.

"Kepakaran kami pastinya dalam menghidang-kan pelbagai sandwic," katanya.

Antara menu sandwic ditampilkan ialah ikan salmon salai, ayam panggang, udang bawang putih mentega, daging lembu dan ayam salami.

Hidangan lain ialah spageti udang panggang dengan pesto, roti bawang dengan cendawan liar tumis, sup cendawan dan roti bawang putih.

Sandwic menggunakan minyak zaitun, daun salad hidroponik, roti gandum dan serat.

"Kami menggunakan bahan yang sihat dan sesuai bagi mereka yang mengamalkan diet.

"Roti gandum mempu-nyai serat yang tinggi dan cepat mengenyangkan," katanya.

Malah, syarikat itu menjalinkan kerjasama dengan syarikat swasta dalam bidang teknologi makanan dan enzim untuk menghasilkan roti yang lembut, cantik dan semula jadi," katanya.

Kafe itu terletak di 62-A, Jalan 5/21, The Strand Kota Damansara. Layari laman web www.simplysandwiches.my atau Instagram@simplysandwiches untuk maklumat lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 November 2014 @ 5:00 AM