BAHAN-bahannya.
BAHAN-bahannya.
1.  TABUR serbuk lada hitam pada ayam yang dicincang.
1. TABUR serbuk lada hitam pada ayam yang dicincang.
2. TAMBAH bawang Holland dan bawang putih yang sudah dikisar.
2. TAMBAH bawang Holland dan bawang putih yang sudah dikisar.
3. MASUKKAN sedikit serbuk perasa dan garam secukup rasa.
3. MASUKKAN sedikit serbuk perasa dan garam secukup rasa.
4. GAUL hingga sebati dan perap semalaman (atau tiga hingga empat jam) dalam peti sejuk.
4. GAUL hingga sebati dan perap semalaman (atau tiga hingga empat jam) dalam peti sejuk.
5. PANGGANG ayam yang diperap dengan api sederhana sehingga masak.
5. PANGGANG ayam yang diperap dengan api sederhana sehingga masak.
6. ANGKAT ayam dan biarkan sejuk seketika sebelum memasukkan lada benggala.
6. ANGKAT ayam dan biarkan sejuk seketika sebelum memasukkan lada benggala.
7.  GAUL adunan dengan mayonis  hingga sebati.
7. GAUL adunan dengan mayonis hingga sebati.
8. SUSUN daun salad dalam roti yang dibelah separuh.
8. SUSUN daun salad dalam roti yang dibelah separuh.
9.  MASUKKAN inti ayam hingga penuh atau mengikut cita rasa.
9. MASUKKAN inti ayam hingga penuh atau mengikut cita rasa.
10. SANDWIC yang siap enak dimakan untuk minum petang atau sarapan.
10. SANDWIC yang siap enak dimakan untuk minum petang atau sarapan.
Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib


Walaupun terdapat pelbagai restoran menyajikan makanan untuk pelanggan baik sajian tradisional atau Barat, ada kalanya tekak terasa jemu. Ketika inilah hidangan ringkas seperti sandwic dengan inti yang kita suka boleh membuka selera.

Dengan ramuan yang ringkas dan cara pembuatan yang mudah, sandwic boleh dinikmati dalam pelbagai gaya dan cita rasa, malah diolah mengikut kreativiti tersendiri.

Asalkan ia sedap dan menyelerakan, hidangan sandwic pasti tidak ditolak, apatah lagi jika kena dengan selera. Maka tidak hairanlah banyak restoran atau kafe menyediakan sandwic sebagai hidangan pilihan bersama makanan berat yang lain.

Tidak ketinggalan pemilihan roti yang pelbagai perisa menyuntik elemen berbeza untuk hidangan ringan ini. Ada yang gemarkan sandwic yang dibuat menggunakan roti putih, roti gandum penuh atau baguette.

Menyedari trend masyarakat yang gemarkan makanan ringkas seperti sandwic menjadikan pemilik Muchos Bread, Mohd Hafiz Zawawi kreatif dalam penyediaan makanan itu.

Menyajikan aneka pilihan sandwic, Mohd Hafiz menyifatkan penyediaan sandwic boleh jadi begitu menarik jika kita tahu mengadunnya dengan bahan yang tepat.

Sebagai contoh, penggunaan daging ayam yang diperap bersama herba semalaman sebelum dimasak pasti memberi sensasi rasa yang berbeza berbanding penggunaan kepingan daging ayam segera.

“Sandwic chicken mix groovy antara menu pilihan kafe ini yang sering mendapat tempat di hati pelanggan kerana kami sentiasa memastikan kesegaran hidangan dan boleh dikatakan ia satu hidangan yang menyihatkan.

“Ini kerana ia mengandungi semua nutrien penting yang diperlukan tubuh seperti protein, karbohidrat, vitamin dan zat galian lain melalui penggunaan sayuran seperti daun salad, lada benggala dan bawang,” katanya.

Mohd Hafiz menunjukkan cara penyediaan sandwic chicken mix groovy yang mudah dan boleh dilakukan sendiri di rumah.

BAHANNYA

- Daging ayam (dicincang)

- Roti bagguete

- Bawang Holland dan beberapa ulas bawang putih (dikisar)

- Lada benggala pelbagai warna (dipotong dadu)

- Daun salad

- Serbuk lada hitam

- Serbuk perasa

- Sedikit mayonis

- Garam secukup rasa

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 November 2015 @ 10:31 AM