DIN Syamsudin
DIN Syamsudin

Bandung - Ketua Bandung: Pengerusi Muhammadiyah, pertubuhan Islam kedua terbesar di Indonesia berkata, ia akan menyambut Aidilfitri tahun ini pada 17 Julai depan.

“Bagi yang menggunakan hisab seperti Muhammadiyah, tarikh 1 Syawal ditetapkan pada 17 haribulan depan. Kami memulakan takbir hari raya pada malam 16 Julai,” kata Din Syamsudin selepas menghadiri perasmian satu majlis di Bandung, kelmarin.

Menurutnya, bagi pertubuhan menggunakan cara rukyah, mereka akan melihat terlebih dulu pada 16 haribulan sama ada anak bulan dilihat pada petang 16 Julai.

“Jika anak bulan tidak dilihat kerana cuaca atau lain, mereka yang menggunakan rukyah menyempurnakan Ramadan 30 hari dan menyambut Aidilfitri pada 18 Julai,” kata Din.

Beliau meminta setiap umat Islam bertolak ansur jika penetapan 1 Syawal itu berbeza antara pertubuhan Islam nanti.

“Kita perlu menerima keputusan pertubuhan masing-masing. Jangan menghina satu sama lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional Thomas Djamaluddin berkata, terdapat kemungkinan umat Islam Indonesia menyambut Aidilfitri pada hari berbeza.

Menurutnya, ketika ini terdapat tiga cara berbeza oleh tiga pertubuhan Islam terbesar Indonesia untuk menetapkan 1 Syawal. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Julai 2015 @ 9:58 AM