FAHRIN berdebar-debar setiap kali menanti jadual kerja Elena keluar.
FAHRIN berdebar-debar setiap kali menanti jadual kerja Elena keluar.
Syanty Octavia Amry


Terpaksa berjauhan dengan isteri selepas berkahwin adalah pengalaman baru dirasai pelakon Fahrin Ahmad, 36.

Meskipun sering berjauhan sebelum ini, namun ia berbeza kerana masing-masing sudah bergelar suami isteri.

Fahrin hanya berpeluang berbulan madu dengan isteri Elena Hani, 37, di Itali dan Monte Carlo sebelum ‘berpisah’ kembali apabila Elena menyambung tugas sebagai ketua pramugari di Dubai manakala Fahrin menghabiskan cuti di Manchester, United Kingdom dan pulang ke Kuala Lumpur.

Malah, sepanjang dua minggu dalam Ramadan ini, mereka hanya sempat berpuasa dan berbuka beberapa kali saja.

Sehubungan itu, Elena yang pulang ke tanah air untuk bercuti baru-baru ini digunakan sebaik-baiknya oleh Fahrin.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Julai 2015 @ 7:04 AM