MANGSA melanggar kereta sebelum digilis treler. FOTO Khairul Najib Asarulah Khan
MANGSA melanggar kereta sebelum digilis treler. FOTO Khairul Najib Asarulah Khan
Oleh Khairul Najib Asarulah Khan

Seremban: Remaja perempuan berusia 17 tahun maut selepas digilis treler dalam kemalangan di Jalan Seremban-Kuala Pilah berhampiran Ampangan, pagi tadi.

Difahamkan, dalam kejadian 6.50 pagi itu, mangsa, Dina Shuhadah Ahmad Faris yang juga pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar di sini, menunggang motosikal ke sekolah.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, mangsa yang menunggang motosikal hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang kereta.

"Akibatnya mangsa terjatuh sebelum digiris treler membawa muatan batu konkrit. Mangsa mengalami kecederaan di kepala.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban untuk bedah siasat," katanya dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1997.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Jun 2015 @ 1:00 PM