LELAKI itu menjulang tangannya di udara selepas melanggar kereta rakan baiknya.
LELAKI itu menjulang tangannya di udara selepas melanggar kereta rakan baiknya.
Agensi

Darwin, Australia: Seorang lelaki yang berang selepas kekasihnya curang dengan rakan baiknya sendiri bertindak melanggar kereta rakannya itu sebelum memuat naik aksi berkenaan di Internet.

Lelaki berusia 29 tahun itu yang menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda melanggar kereta milik rakannya semalam.

Dia kemudiannya memuat naik beberapa keping gambar di laman Facebook yang menunjukkan tayar pacuan empat roda miliknya berada di atas kereta lelaki itu.

Sekeping gambar menunjukkan lelaki itu berdiri di atas kenderaannya yang sedang melanggar kereta rakannya sambil menjulang tangan ke udara.

Tindakan lelaki berkenaan menyebabkan kereta rakannya itu mengalami kerosakan teruk.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Jun 2015 @ 7:29 AM