AP

Darwin, Australia: Sudah tiba masanya untuk membuat sambal belacan, cara Darwin.

"Membuat sambal belacan hidangan Darwin tetapi saya memanggilnya Mark-chan," kata pembuat sambal belacan, Mark Motlop.

Sebanyak 600 biji cili tempatan dimasukkan ke dalam pengisar bersama halia dan bawang putih.

Kemudian dia memasukkan bahan berkenaan ke dalam periuk reneh yang berisi bawang dan minyak.

Organ daripada angsa dipotong dan dibuang, sebelum memasukkan belacan yang kemudiannya mengubah rasa dan bau.

Mark Motlop menyiapkan sambal belacan. - FOTO AP
Mark Motlop menyiapkan sambal belacan. - FOTO AP

"Di sinilah semua lalat akan berkumpul, dan semua orang keluar dari rumah, tiada sesiapa di sini kecuali anda seorang di dapur," kata Motlop.

Motlop, telah membuat sambal belacan sepanjang hidupnya, dan berkata ia telah menjadi sebahagian daripada pengalaman Darwin.

"Jika kita mengadakan barbeku, sambal belacan sentiasa ada di atas meja, jika anda pergi ke majlis perkahwinan di Darwin, akan ada sambal belacan di sana, yang dibawa secara senyap-senyap," kata Motlop sambil ketawa sendiri.

Sejarah sambal belacan di Australia bermula pada abad ke-18, apabila pelaut Macassan dari Indonesia belayar ke sini dan berdagang dengan orang Asli di sepanjang pantai Arnhem selama ratusan tahun.

"Semasa saya memasak, saya terfikir tentang Macassans, perjalanan mereka, bagaimana ia sampai ke Ti (Kepulauan Selat Torres), bagaimana ia sampai ke hujung Queensland Utara, bagaimana ia sampai ke Darwin, bagaimana ia sampai ke Broome, malah bagaimana ia sampai ke Alice Springs sekarang," kata Motlop.

Sambal belacan yang sedia untuk dinikmati. - FOTO AP
Sambal belacan yang sedia untuk dinikmati. - FOTO AP

Nurainiah Majid diajar membuat sambal belacan oleh ibunya di Indonesia.

Apabila dia membuka restoran pertamanya di Darwin 20 tahun lalu, dia tidak percaya bahawa penduduk tempatan menyukai sambal berkenaan.

"Dan saya bertanya kepada suami saya, 'bagaimana orang Asli tahu tentang belacan?' Dan suami saya menjelaskan kepada saya," katanya.

Resepi sambal belacan dihasilkan Nurainiah adalah dengan cara menggoreng dan bukan rebusan, tetapi ia masih menepati selera penduduk Darwin.

Mendapatkan resipi juga sukar. Motlop membelakangi kamera ketika menambah ramuan rahsianya.

"Seorang cef yang baik tidak pernah memberikan resipi penuhnya, jadi itulah satu perkara yang saya tidak dedahkan kepada kamu," kata Motlop.

Katanya, terdapat beberapa garis panduan juga untuk menikmati sambal belacan.

"Selalu gunakan senduk kayu untuk memasak sambal berkenaan, makan dengan sudu yang bersih dan jangan tanya resepi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Julai 2022 @ 3:58 PM