Cara berpuasa untuk wanita hamil:

- Pastikan anda makan pelbagai makanan yang sihat dan minum banyak air ketika berbuka dan sahur. Makan makanan ringan yang sihat sebelum tidur.

- Pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan. Karbohidrat kompleks, seperti yang didapati daripada bijirin penuh mil, makanan tinggi serat, seperti dal, sayur-sayuran dan buah-buahan kering, akan memberikan tenaga. Ini juga akan membantu untuk mengelakkan sembelit.

- Elakkan makanan manis yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah. Ia juga akan turun dengan cepat dan membuatkan anda berasa mahu pitam dan pening.

- Elakkan juga makanan yang tinggi lemak dan terlalu diproses. Buat pilihan yang lebih sihat seperti kentang atau kacang kuda.

- Pastikan anda mendapat protein secukupnya daripada kekacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. Ini akan membantu bayi anda membesar dengan sihat.

- Cuba minum kira-kira satu hingga dua liter air atau minuman lain dari masa berbuka puasa hingga sahur. Elakkan minuman berkafein seperti kopi dan teh.

- Kafein menyebabkan badan anda kehilangan lebih air sewaktu buang air kecil, dan anda boleh terhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas.

Sumber: babycenter.com

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Jun 2015 @ 5:01 AM