CADAR dengan ketepatan ukuran dan saiz tilam adalah yang terbaik bagi menampakkan sisi kekemasan dekorasi bilik tidur.
CADAR dengan ketepatan ukuran dan saiz tilam adalah yang terbaik bagi menampakkan sisi kekemasan dekorasi bilik tidur.
CADAR moden tidak mempunyai ropol dan gubahan lain. Cadar biasanya lebih ringkas dan datang dalam corak polos.
CADAR moden tidak mempunyai ropol dan gubahan lain. Cadar biasanya lebih ringkas dan datang dalam corak polos.
MOTIF pada cadar juga mempengaruhi dekorasi bilik tidur secara keseluruhannya.
MOTIF pada cadar juga mempengaruhi dekorasi bilik tidur secara keseluruhannya.
SEBELUM membeli cadar, apa yang perlu ketahui adalah ‘memahami’ tilam anda.
SEBELUM membeli cadar, apa yang perlu ketahui adalah ‘memahami’ tilam anda.
Oleh Faizal Zain

Salam deko! Kali ini saya ingin membincangkan pemilihan cadar sesuai untuk bilik tidur anda. Cadar bukan saja berfungsi menyaluti tilam katil tapi berperanan sebagai hamparan indah di atas tilam.

Mungkin ia dianggap remeh tapi tahukah anda jika pemilihan cadar tidak sesuai, sesebuah set katil ribuan ringgit akan kelihatan begitu murah dan tidak menjelmakan keindahannya.

Di pasaran terdapat pelbagai pilihan cadar tilam dengan pelbagai material, corak dan warna.

Sebelum membeli cadar, anda perlu ‘memahami’ tilam anda. Cadar dengan ketepatan ukuran dan saiz tilam adalah yang terbaik bagi menampakkan sisi kekemasan dekorasi bilik tidur. Kenal pasti saiz tilam anda. Kini, terdapat pelbagai saiz antaranya ‘single,’ ‘queen,’ ‘double’ dan ‘king’.

Seterusnya anda perlu tahu ketebalan sesebuah tilam. Ini kerana tilam datang dalam ketebalan yang berbeza untuk mudah disuai padan dengan pelbagai jenis katil. Membeli cadar untuk saiz tilam nipis untuk diletakkan pada tilam tebal adalah satu kesilapan yang merosakkan sentuhan dekorasi set katil anda.

Malah, kesilapan lain ialah kekeliruan antara tilam bersaiz ‘queen’ dan ‘double.’ Tahukah anda saiz ‘queen’ lebih besar daripada tilam’double.’ Namun, tidak banyak cadar untuk tilam ‘double’ kerana pengeluar lebih fokus cadar untuk tilam ‘queen.’

Namun, jika memiliki tilam bersaiz ‘double’ anda masih boleh membeli cadar untuk tilam ‘queen’. Apa yang perlu dilakukan ialah menyimpulkan salah satu daripada empat bucu cadar bagi mengecilkan saiz ‘queen’ kepada saiz ‘double.’

Jika anda seorang yang mempunyai rutin harian padat atau sibuk, pemilihan cadar jenis ‘fitted’ antara dicadangkan kerana ia lebih mudah digunakan iaitu hanya perlu sarungkan saja pada tilam.

Bagi yang masih selesa dengan cadar jenis klasik, cadar biasa masih boleh menjadi pilihan, cuma sedikit perhatian perlu diberi perhatian apabila memilih cadar jenis ini. Lebihan lipatan perlu sama untuk setiap bucu dan lebihan tadi perlu dilipat kemas serta diselitkan ke bawah tilam.

Pemilihan jenis cadar juga bergantung kepada jenis katil. Jika katil jenis klasik daripada material cengal atau jati, pilihan cadar corak klasik amat sesuai dan ia tampil dengan sulaman timbul bunga-bungaan atau bercorak.

Namun, jika mempunyai katil moden daripada kayu atau besi, cadar jenis ringkas lebih tepat. Selalunya cadar moden tidak mempunyai sulaman dan permukaan timbul. Malah cadar moden tidak mempunyai ropol dan gubahan lain. Biasanya lebih ringkas dan datang dalam corak polos.

Perkara lain yang penting ialah keselesaan ketika menggunakannya. Anda tentu perasan pada set cadar yang dijual terdapat maklumat mengenai bahan pembuatannya, antaranya tertulis 50 peratus kain kapas dengan 50 peratus ‘polyster.’

Jika anda suka permukaan lembut, cadar jenis 100 peratus kain kapas adalah pilihan terbaik kerana cadar dengan material 100 peratus ‘polyster’ atau campuran menyebabkan cadar sedikit keras dan kasar. Selamat mencuba!

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Jun 2015 @ 5:03 AM