TIM (kiri) bersama melancarkan rekaan katil terbaru.
TIM (kiri) bersama melancarkan rekaan katil terbaru.

Kuala Lumpur: Courts (Malaysia) Sdn Bhd komited menambah baik pengalaman tidur berkualiti kepada pelanggannya menerusi pengenalan kempen ‘Senang Sahaja, Courts Ada’ yang menawarkan jenama konsep runcit baharu untuk memberi nilai tambah kepada katil dan tilam.

Ketua Pegawai Eksekutif Negaranya, Tim Luce berkata, menerusi kaji selidik mengenai tidur dijalankan baru-baru ini, bantal dan tilam yang selasa menjadi faktor utama dalam memberi tidur berkualiti kepada manusia.

Katanya, justeru Courts Malaysia mengambil pendekatan signifikan memperkenalkan produk yang terbaik bagi kelengkapan tidur selesa kepada pelanggan pada harga berpatutan.

“Menerusi kaji selidik itu, kami sedar keselesaan memainkan peranan penting kepada rakyat di negara ini untuk mendapatkan rehat secukupnya dan menerusi kempen ini, kami menawarkan katil serta tilam yang memberi keselesaan maksimum dengan enam langkah mudah.

“Pelanggan boleh memilih untuk mereka sendiri kelengkapan tidur dan tilam daripada pemilihan spring sehingga kepada kaki, kepala katil dan kain penutup tilam serta bahan,” katanya pada majlis pelancaran ‘Senang Sahaja, Courts Ada’, baru-baru ini.

Menurutnya, kempen reka sendiri kelengkapan tidur itu boleh didapati di 14 rangkaian Courts Malaysia yang terpilih di seluruh negara dengan harga bermula dari RM1,897 hingga RM5,897.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 November 2015 @ 6:19 AM