Orang ramai keluar dari bangunan di KK Times Square selepas berlaku gegaran. FOTO Junaidi Ladjana
Orang ramai keluar dari bangunan di KK Times Square selepas berlaku gegaran. FOTO Junaidi Ladjana
Junaidi Ladjana


Kota Kinabalu: Ranau sekali lagi bergegar hari ini pada 5.33 petang tadi dan gegaran turut dirasai di Kota Kinabalu, Kota Belud dan Kundasang selama tiga saat.

Bagaimanapun, ia hanya gegaran lemah berukuran 4.3 magnitud.

Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah Abdul Malik Tussin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan sehingga kini tiada laporan mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa.

"Gegaran berpusat di Ranau turut dirasai di sekitar bandar raya ini namun tiada sebarang aduan kerosakan diterima," katanya ketika dihubungi, petang tadi.

Ini adalah gegaran kedua dilaporkan hari ini selepas gegaran pertama berukuran 3.3 magnitud di Ranau, 10.54 pagi tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Jun 2015 @ 6:20 PM