Oleh Junaidi Ladjana

Kota Kinabalu: Dua lagi gempa bumi lemah berpusat di Ranau direkodkan masing-masing bermagnitud 2.6 dan 3.0, petang tadi.

Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malik Tussin berkata, kedua-dua gempa bumi lemah ini berlaku pada 6.29 dan 6.39 petang tadi.

"Kejadian ini berlaku selepas gegaran magnitud 4.3 turut dirasai sehingga bandar raya ini, 5.33 petang tadi.

"Kedua-dua gempa bumi lemah ini bagaimanapun hanya dirasai di sekitar Ranau," katanya ketika dihubungi.

Ini adalah gegaran keempat dilaporkan hari ini. Gempa lemah pertama hari ini bermagnitud 3.3 berlaku pada 10.54 pagi tadi di Ranau.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Jun 2015 @ 8:34 PM