Berikut ialah beberapa berita ringkas membabitkan atlet Malaysia pada hari keenam Sukan Asia ke-17.

BOLA TAMPAR PANTAI

Skuad lelaki negara gagal meneruskan rentak kemenangan selepas tewas 2-0 kepada Indonesia pada perlawanan peringkat kumpulan E di Universiti Songdo Global dekat sini.

Semalam, skuad negara yang dibarisi oleh Raja Nazmi Saifuddin Raja Hussin/Mohd Aizzat Mohd Zokri berjaya mengalahkan Timor Leste 2-0 di venue yang sama dan sebelum itu tewas 2-0, masing-masing kepada jepun dan China.

TENPIN BOLING

Kem tenpin boling negara terus sunyi tanpa sebarang pingat apabila pasukan beregu Liew Kien Liang/Ismail Rafiq terpaksa berpuas hati di tempat ksembilan, manakala Adrian Ang Hsien Loong/Tan Chye Chern menduduki tempat ke-19.

Sementara itu, beregu pilihan negara, Ridhwan Syafiq/Zulmazran Zulkifli pula hanya menduduki tempat ke-29.

pingat emas bagi acara tersebut menjadi milik beregu Jepun, Masatoki Yoshinao/Takahashi Toshihiko yang berjaya mengutip mata tertinggi dengan 2,533 jatuhan pin.

Pingat perak turut menjadi milik beregu Jepun, Sasaki Tomoyuki/Yoshida Daisuke selepas mengutip 2,502 jatuhan pin dan pingat gangsa pula milik beregu Indonesia,Hardy Rachmadian/Billy Muhammad Islam (2,489 jatuhan pin).

TINJU

Petinju negara, Khir Akyazlan Azmi memulakan cabaran dengan langkah kanan apabila berjaya menewaskan Abdul Rahman Fahad dari Kuwait 3-0.

Persekutuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM) sekadar meletakkan sasaran ke separuh akhir.

Dua petinju di Incheon ialah Khir Akyazlan Azmi bagi kelas welterweight (69kg) dan Muhamad Fuad Mohd. Redzuan untuk kelas light flyweight (46-49 kg).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 September 2014 @ 12:03 AM