R Sharmini menunjukkan pingat emasnya melalui jumping individu equestrian. - Foto HAIRUL ANUAR RAHIM
R Sharmini menunjukkan pingat emasnya melalui jumping individu equestrian. - Foto HAIRUL ANUAR RAHIM
Gandingan Sin Li Jane dan Esther Cheah (kanan) meraih pingat emas acara bowling berpasangan wanita. - Foto ROSLI RAHMAT
Gandingan Sin Li Jane dan Esther Cheah (kanan) meraih pingat emas acara bowling berpasangan wanita. - Foto ROSLI RAHMAT
Gymnas Farah Ann Abdul Hadi menunjukkan pingat emas dan gangsa yang dimenanginya. - Foto MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Gymnas Farah Ann Abdul Hadi menunjukkan pingat emas dan gangsa yang dimenanginya. - Foto MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Aziman Rosdi & Ferzalfie Fauzi

MALAYSIA meraih enam empat pingat emas hari ini, menjadikan jumlah pungutan pingat negara ialah 27.

Pingat emas keempat negara hari ini diraih atlet gimnastik artistik Farah Ann Abd Hadi yang bangkit menebus kekecewaan melalui acara senaman lantai apabila mengumpul 13.733 mata. Dia sebelum itu kecewa apabila hanya mendapat gangsa dalam acara batang titian.

Pada sebelah pagi melalui gandingan atlet tenpin boling Esther Cheah dan Sin Li Jane dalam acara beregu menyumbang emas apabila mencatat 2,651 jatuhan pin.

Kontinjen ekuestrian pula menutup gelanggang dengan penuh keceriaan apabila R Sharmini meraih pingat emas dalam acara jumping individu dengan masa 35.90 saat.

Gandingan Thor Chuan Leong dan Moh Keen Hoo meraih emas melalui acara snuker double.

Masih ada beberapa acara yang berpotensi menyumbang pingat emas kepada kontinjen Malaysia malam ini iaitu skuasy lelaki dan renang.

Sebentar tadi Rachel Arnold meraih pingat emas kelima negara hari ini melalui acara skuasy individu wanita selepas menumpaskan rakan senegara Vanessa Raj Gnanasigamani 11-13, 11-9, 11-3 dan 11-5.

Pingat emas keenam diperolehi menerusi acara skuasy individu lelaki selepas Sanjay Singh Chal menewaskan rakan senegara Muhammad Addeen Idrakie Bakhtiar 11-7, 11-3 dan 12-10.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Jun 2015 @ 8:15 PM