PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) berbual bersama timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN). FOTO Bernama
PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) berbual bersama timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN). FOTO Bernama
Oleh Nazarali Saeril


Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kecewa dengan sikap segelintir penjawat awam yang membocorkan maklumat berkaitan kenaikan kadar tol walaupun ia belum dimuktamadkan.

"Malangnya, terdapat segelintir pegawai tidak beretika dan mengkhianati kepercayaan yang diberikan kerajaan dengan mendedahkan maklumat awal kadar kenaikan tol di laman sosial.

"Kita ada membincangkan mengenai kadar kenaikan tol tetapi maklumat dan pelaksanaannya hanya akan ditentukan pada beberapa minggu akan datang," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) di PWTC di sini, malam tadi.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemimpin parti komponen lain.

Berkaitan hukuman penjara tiga hari dan denda membabitkan warga asing yang didapati bersalah berbogel di puncak Gunung Kinabalu, Sabah, Najib berkata, beliau tidak boleh memberi ulasan berkaitan hukuman yang sudah dijatuhkan itu.

"Kita berada di peringkat eksekutif maka sudah tentunya kuasa eksekutif tidak boleh mencampuri sistem kehakiman kerana pelaksanaan hukuman itu dibuat secara bebas.

"Jika saya sentuh, ia akan jadi prejudis dan mengganggu mahkamah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Jun 2015 @ 12:13 AM