VIVIAN (kanan) dan Khe Wei menewaskan pasangan Awanda dan Mahadewi 21-18, 19-21, 21-6 dari Indonesia.
VIVIAN (kanan) dan Khe Wei menewaskan pasangan Awanda dan Mahadewi 21-18, 19-21, 21-6 dari Indonesia.

Hanya selangkah lagi buat skuad badminton wanita negara mengulangi pencapaian 2009 apabila mara ke perlawanan akhir semalam selepas menumpaskan Indonesia 3-1 dalam saingan separuh akhir di Stadium Tertutup Singapura semalam.

Kali terakhir mereka meraih emas pada Sukan SEA 2009 Laos, sekarang ini hanya Thailand yang menjadi penghalang mereka untuk kembali muncul juara.

Thailand sebelum itu mara ke final apabila tidak berdepan masalah menumpaskan tuan rumah 3-0.

Bagaimanapun, pada aksi pertama, skuad negara bermula dengan langkah sumbang apabila pemain perseorangan Tee Jing Yi tewas straight set kepada Lindaweni Fanetri 12-21, 10-21 dalam tempoh 37 minit.

Kedudukan kembali terikat 1-1 apabila beregu wanita Vivian Hoo-Woon Khei Wei menumpaskan Awanda Anggia Shitta-Mahadewi Istirani 21-18, 19-21, 21-6.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Jun 2015 @ 8:35 AM