ANTARA pendaki yang cedera selepas turun dari Gunung Kinabalu mendapat rawatan. FOTO Malai Rosmah Tuah
ANTARA pendaki yang cedera selepas turun dari Gunung Kinabalu mendapat rawatan. FOTO Malai Rosmah Tuah
Oleh Ardyhansah Amat

Kota Kinabalu: Seorang wanita pelancong warga Turki dan dua lelaki warga tempatan cedera dalam kejadian gempa bumi di Ranau, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 7.15 pagi itu, pendaki warga Turki, Samiha Turkay, 35, dilaporkan patah pada pinggang dan kaki, manakala James Mikol, 29, cedera di kaki dan kanan.

Selain itu, malim gunung, Robi Satinggi, 30, turut dilaporkan mengalami kecederaan di kepala.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abd Rahman berkata, semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Ranau untuk rawatan lanjut.

"Tiga daerah dilaporkan terjejas iaitu Ranau, Kota Belud dan Tuaran.

"Setakat ini, 151 pendaki berdaftar dilaporkan berada di Gunung Kinabalu, dan 29 daripadanya sudah dibawa turun.

"Seramai 40 orang dilaporkan masih berada di puncak dan usaha mencari dan menyelamat masih dilakukan," katanya di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2015 @ 4:04 PM