Oleh Ardyhansah Amat

Kota Kinabalu: Sebanyak 95 gempa bumi susulan dilaporkan berlaku di Sabah sejak 5 Jun lalu sehingga 12 tengah hari tadi.

Terbaru, gempa bumi susulan berukuran 3.1 skala Richter dilaporkan berlaku tujuh kilometer dari barat daya Ranau, kira-kira 11.37 pagi, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Sabah, Abd Malik Tusin berkata, gempa bumi terbaru itu, dikategorikan sebagai lemah dan hanya dirasai di sekitar daerah Ranau.

Gempa bumi terkuat berukuran 5.9 skala ricther dilaporkan berlaku 7.15 pagi, pada 5 Jun lalu sehingga menyebabkan runtuhan batu berlaku di puncak Gunung Kinabalu.

Gegaran yang turut dirasai dibeberapa daerah lain itu mengorbankan 18 nyawa pendaki dan malim gunung yang dalam perjalanan turun dari puncak gunung ke Laban Rata.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Jun 2015 @ 12:34 PM