Kerosakan yang berlaku pada struktur bangunan perumahan kakitangan Hospital Ranau. FOTO ihsan pembaca
Kerosakan yang berlaku pada struktur bangunan perumahan kakitangan Hospital Ranau. FOTO ihsan pembaca
Oleh Junaidi Ladjana


Kota Kinabalu : Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 skala Richter melanda Ranau dan gegarannya turut dirasai di Kota Marudu, Kota Belud, Kota Kinabalu, Penampang, Sipitang dan Kudat, 7.15 pagi tadi.

Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah Abdul Malek Tusin mengesahkan gegaran berlaku di darat maka tidak akan berlaku tsunami.

Di Ranau, pesakit yang dirawat di Hospital Ranau dibawa keluar bagi tujuan keselamatan susulan gempa bumi itu.

Beberapa penghuni perumahan kakitangan Hospital Ranau turut merasai gegaran yang kuat dan beberapa keretakan berlaku pada struktur bangunan selain barangan elektrik milik kakitangan turut rosak.

Sementara itu, penduduk sekitar bandaraya Kota Kinabalu panik seketika apabila berlaku gegaran selama 10 saat.

Bagaimanapun setakat ini, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Pengarah Taman-Taman Sabah Dr Jamili Nais pula memaklumkan kira-kira 130 pendaki kini terkandas dan ada yang cedera di puncak Gunung Kinabalu susulan gempa bumi pagi tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2015 @ 10:52 AM