SIDANG media Ops Kinabalu. FOTO Edmund Samunting
SIDANG media Ops Kinabalu. FOTO Edmund Samunting
Oleh Ardyhansah Amat

Ranau: Seramai 17 individu terdiri daripada 14 pendaki dan tiga malim masih belum ditemui dalam misi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu.

Ketua Polis Ranau, Deputi Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, daripada jumlah pendaki, tiga adalah rakyat Malaysia, lapan warga Singapura dan masing-masing seorang warga Jepun, Filipina dan China.

Sementara itu, tiga Malim Gunung juga masih hilang, katanya.

"Setakat ini dua mangsa meninggal dunia yang ditemui semalam adalah Wee Ying Ping Peony, 12, pelajar Tanjong Katong Primary School dan Robbi Sapinggi, 30, malim gunung.

"Kedua-dua mangsa yang maut dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat," katanya.

Tambah Mohd Farhan, pencarian giat dilakukan dengan tumpuan di Kilometer 6.5 hingga 7.5 dari dari Laban Rata ke Sayap-Sayap.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Jun 2015 @ 10:27 AM