Cleo Will


SEORANG pendaki lelaki tempatan berusia 31 tahun dikhuatiri sesat ketika mendaki Gunung Tambuyukon, Ranau, petang semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Ranau, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima makluman itu dari pihak Taman-Taman Sabah pada jam 8 pagi hari ini.

"Kita menerima maklumat bahawa pendaki warga tempatan, Alan Chong Yun Kiong, 31, dikhuatiri hilang kerana tersesat semasa pendakiannya.

"Butiran terperinci berkaitan insiden terbabit belum kita peroleh, setakat ini.

"Namun, kita sudah mengerahkan anggota ke lokasi terbabit bagi operasi dan menyelamat," katanya ketika dihubungi di Kota Kinabalu, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Mei 2017 @ 1:36 PM