POLIS mengawal tempat kejadian tembakan menyebabkan dia terbunuh dan seorang cedera
POLIS mengawal tempat kejadian tembakan menyebabkan dia terbunuh dan seorang cedera

GRAND FORKS, North Dakota (AP) — Dua orang, termasuk seorang lelaki bersenjata terbunuh manakala seorang lagi cedera dalam kejadian tembakan di pasar raya Wal-Mart Supercenter petang tadi waktu Malaysia.

Menurut jurucakap polis, Leftenan Derik Zimmel, hanya penembak itu memiliki senjata api manakala polis tidak melepaskan tembakan.

Menurutnya, seorang mangsa tembakan dihantar ke hospital.

Polis tidak memberi maklumat lanjut mengenai penembak atau mangsa tetapi menurut kenyataan Pangkalan Tentera Udara Grand Forks, seorang anggotanya terbabit dalam kejadian itu namun tidak menyatakan sama ada ia adalah penembak atau mangsa yang terbunuh atau yang cedera.

Menurut seorang pelanggan, dia terdengar bunyi tembakan sebelum mereka diarah keluar ke tempat selamat dan ketika meninggalkan bangunan itu, dia melihat seorang pekerja Wal-Mart berlumuran darah. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mei 2015 @ 10:03 PM