GAMBAR muka depan permainan video Grand Theft Auto V yang diharamkan kerajaan Arab Saudi. - Agensi
GAMBAR muka depan permainan video Grand Theft Auto V yang diharamkan kerajaan Arab Saudi. - Agensi
Daily Mail

Riyadh: Kerajaan Arab Saudi mengharamkan 47 permainan video susulan laporan dua kanak-kanak membunuh diri ketika bermain satu permainan video dalam talian popular.

Grand Theft Auto V, Assassin’s Creed 2 dan The Witcher antara permainan video popular yang diharamkan oleh Suruhanjaya Umum untuk Audio Visual Media Arab Saudi.

Pengharaman itu dibuat susulan laporan kematian seorang budak perempuan dan lelaki masing-masing berusia 13 tahun serta 12 tahun yang dipercayai membunuh diri.

Kanak-kanak itu dilaporkan maut selepas bermain satu permainan di media sosial dikenali sebagai cabaran Blue Whale.

Bagaimanapun, suruhanjaya itu tidak memberitahu kaitan permainan berkenaan dengan permainan video yang lain atau kesalahan dilakukannya.

Dalam cabaran Blue Whale, pemain dikatakan diberi beberapa tugasan untuk diselesaikan dalam tempoh 50 hari termasuk yang sangat bahaya yang boleh menyebabkan kematian.

Antara tugasan yang diberikan termasuklah menonton filem seram, bangun tidur terlalu awal dan cabaran ini menjadi semakin bahaya sehingga ada pemain terbunuh melakukannya.

Ini bukanlah kali pertama remaja terbunuh ketika bermain permainan berkenaan yang dipercayai wujud sejak 2016 lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Julai 2018 @ 11:47 AM