NIK HAMDAM NIK HASSAN
NIK HAMDAM NIK HASSAN
Lizam Ridzuan


KUMPULAN Naza melalui divisyen Kumpulan Automotif Naza menawarkan penurunan harga selaras dengan insentif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) yang diumumkan baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Automotif, Naza Corporation Holdings, Datuk Nik Hamdam Nik Hassan berkata, harga itu berkuat kuasa bermula hari ini sehingga hujung tahun ini meliputi jenama di bawah kendalian mereka iaitu Kia, Peugeot, Citroen dan DS.

"Usaha yang dilakukan oleh kerajaan adalah bertepatan masanya dengan memperkenalkan pengecualian cukai jualan yang bukan saja memberi manfaat kepada pengguna malah dapat membantu kembali industri automotif dalam memacu jualan selepas terkesan dengan pandemik Covid-19," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, usaha itu juga memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan yang berhasrat mendapatkan kenderaan baharu.

Untuk jenama Kia, ia menawarkan penurunan harga antara 2.42 peratus hingga 6.7 peratus untuk semua modelnya.

Peugeot pula menawarkan pengurangan dari RM5,314 hingga RM6,956 terdiri daripada model 3008 dan 5008.

Jenama Citroen melalui model Grand C4 SpaceTourer dan C3 Aircross menyediakan penjimatan dari RM4,908 hingga RM5,747 manakala, jenama DS melalui model DS7 mencatatkan pengurangan sebanyak RM10,315.

Senarai harga terbaru:

Kia

Picanto 1.2L KX - RM43,170 (Jimat RM1,717)

Picanto 1.2L EX - RM47,950 (jimat RM1,937)

Picanto 1.2L GT-Line - RM57,531 (jimat RM2,356)

Rio 1.4L EX (6AT) - RM77,231(jimat RM2,656)

Cerato 1.6L - RM99,754 (jimat RM4,133)

Optima 2.0L EX - RM130,517 (jimat RM9,370)

Stinger 3.3L GT - RM369,120 (jimat RM14,767)

Sportage 2.0D GT-Line - RM135,229 (jimat RM4,658)

Sportage 2.0L EX - RM123,480 (jimat RM3,407)

Sorento 2.4L EX - RM165,047 (jimat RM4,840)

Sorento 2.2D SX - RM178,865 (jimat RM5,022)

Grand Carnival 2.2D KX - RM155,148 (jimat RM4,739)

Grand Carnival 2.2D LX - RM179,888

Grand Carnival 2.2D SX - RM183,766 (jimat RM6,121)

Peugeotb/>

3008 1.6 Active Plus - RM145,573 (jimat RM5,314)

3008 1.6 Allure Plus - RM158,236 (jimat RM5,651)

5008 1.6 Active Plus - RM160,808 (jimat RM6,079)

5008 1.6 Allure Plus - RM172,931 (jimat RM6,956)

Citroen

Grand C4 SpaceTourer 1.6 THP - RM144,979 (jimat RM4,908)

C3 Aircross 1.2 Puretech - RM110,140 (jimat RM5,747)

DS

DS 7 1.6 THP - RM249,572 (jimat RM10,315)

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Jun 2020 @ 8:36 PM