AZIZAN Abd Aziz. FOTO Ramdzan Masiam
AZIZAN Abd Aziz. FOTO Ramdzan Masiam
Oleh Hadzlihady Hassan


Balik Pulau: Seorang penganggur mengaku bersalah terhadap 27 pertuduhan kesalahan trafik yang dilakukannya di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Azizan Abd Aziz, 35, ditahan dalam Ops Warta, semalam dan pemeriksaan mendapati dia mempunyai waran tangkap kerana tidak menjelaskan saman sejak tahun 2002 hingga 2014.

Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit kemudian menetapkan hukuman denda keseluruhan berjumlah RM6,000 atau 200 hari penjara jika gagal membayar denda.

Azizan dilihat hanya tertunduk dalam kandang tertuduh.

Dia tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Mahadi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Mei 2015 @ 12:50 PM