TERTUDUH dibawa ke Mahkamah Sesyen. FOTO Muhammad Mikail Ong
TERTUDUH dibawa ke Mahkamah Sesyen. FOTO Muhammad Mikail Ong
Oleh Hadzlihady Hassan


Balik Pulau: Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini menetapkan 16 Februari depan untuk sebutan semula kes pengawal keselamatan didakwa membunuh teman wanitanya tahun lalu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Mahadi memohon kes ditangguhkan kerana masih menunggu laporan bedah siasat.

Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz kemudian membenarkan permohonan dan menetapkan tarikh.

Tertuduh, Tarmizi Yaakob, 20, didakwa membunuh Intan Soraya Mawardi, 17, di flat Bandar Baru Teluk Kumbar 25 Oktober tahun lalu.

Berdasarkan siasatan, polis mendapati remaja perempuan itu mungkin juga dirogol sebelum dia dibunuh.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 January 2016 @ 1:05 PM