ANGGOTA polis mengiringi Lisoffuan Abdullah, 37 keluar dari kamar Mahkamah Majistret. FOTO Ramdzan Masiam
ANGGOTA polis mengiringi Lisoffuan Abdullah, 37 keluar dari kamar Mahkamah Majistret. FOTO Ramdzan Masiam
Hadzlihady Hassan


Balik Pulau: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, kerana pertuduhan mengendalikan harta pengganas sejak tahun lalu.

Bagaimanapun, tiada seberang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Lisoffuan Abdullah, 37, selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nur Azzuin Abdul Moati.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai pemandu pelancong didakwa dengan pengetahuan mengendalikan harta pengganas, Muhammad Joraimee Awang Raimee, 41, dengan memberikan perkhidmatan kewangan dan pengeluaran wang bagi manfaat pengganas terbabit.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bank di Bayan Lepas antara 21 Oktober 2015 hingga 29 April 2016.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Mahadi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Jun 2016 @ 12:13 PM