Shamsul Azlan dipenjara 10 bulan. FOTO Amir Irsyad Omar
Shamsul Azlan dipenjara 10 bulan. FOTO Amir Irsyad Omar
Oleh Hadzlihady Hassan


Balik Pulau: Mahkamah Majistret, di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan terhadap seorang lelaki kerana mencuri wang tabung surau.

Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Shamsul Azlan Saad,29, mengaku bersalah sejurus kertas pertuduhan dibacakan.

Mengikut fakta kes tertuduh didakwa mencuri dua tabung Surau An-Nur di Bukit Gedung, Bayan Baru pada 5 pagi Isnin lalu.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalilan Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Mahadi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Oktober 2015 @ 3:50 PM