KOLEKSI aksesori Cherryblossom Studio dijual dengan harga berpatutan.
KOLEKSI aksesori Cherryblossom Studio dijual dengan harga berpatutan.
AKSESORI Cherryblossom Studio unik dan menarik.
AKSESORI Cherryblossom Studio unik dan menarik.
Oleh Siti Nadirah Hafidzin


Pemakaian aksesori seperti gelang dan rantai menjadi pelengkap gaya terutama kepada golongan wanita yang mementingkan penampilan diri, sekali gus mampu menceriakan hari yang padat dengan pelbagai tuntutan tugasan.

Aksesori juga memainkan peranan penting sebagai alat penakrifan fesyen dan meningkatkan keyakinan diri seseorang. Pada masa sama, ia membantu melunturkan kekurangan diri individu terbabit.

Pilihan aksesori yang cantik dan tepat juga mampu menyerlahkan lagi penampilan dan pastinya menjadikan imej individu terbabit lebih menyerlah berbanding individu lain.

Membantu wanita yang mahu tampil menawan dengan diserikan aksesori yang unik, jenama Cherryblossom Studio mencipta pelbagai pilihan aksesori wanita pada harga berpatutan.

Menurut pengasas Cherryblossom Studio, Cheryl Chew, pihaknya menghasilkan aksesori unik dan menarik seperti gelang dan rantai yang diperbuat daripada gangsa, kaca atau logam yang ditambah dengan hiasan manik dan batu swarovski.

“Semua koleksi Cherryblossom Studio dijual dengan harga RM30. Faktor harga menjadi antara kekuatan koleksi aksesori Cherryblossom Studio kerana mampu dimiliki sesiapa saja tidak kira golongan wanita yang sudah bekerja mahupun yang masih belajar,” ujarnya.

Setiap koleksi aksesori itu berkualiti tinggi kerana dihasilkan dengan teliti bagi memberi kepuasan kepada pelanggan ketika menggayakannya.

“Aksesori ini juga sesuai digayakan pelbagai lapisan usia. Apa yang penting individu terbabit berani menggayakannya kerana setiap rekaan kami unik.

“Saya yakin individu yang memiliki koleksi Cherryblossom Studio boleh tampil menarik kerana aksesori kami didatangkan dengan pelbagai warna ceria,” katanya.

Untuk memiliki koleksi aksesori Cherryblossom Studio, layari Instagram cherryblossomstudio atau Facebook Cherryblossom Studio Events.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mei 2015 @ 12:24 PM