AKSESORI comel buat si bayi dan kanak-kanak perempuan.
AKSESORI comel buat si bayi dan kanak-kanak perempuan.
AKSESORI comel buat si bayi dan kanak-kanak perempuan.
AKSESORI comel buat si bayi dan kanak-kanak perempuan.
AKSESORI comel buat si bayi dan kanak-kanak perempuan.
AKSESORI comel buat si bayi dan kanak-kanak perempuan.
Oleh Siti Nadirah Hafidzin

Aksesori cekak rambut atau pengikat kepala buat si kecil yang baru lahir antara fesyen terkini yang menjadi pilihan ibu bapa.

Dianggap sebagai aksesori pelengkap bayi, ia kini antara trend semasa terutama ketika si kecil dibawa keluar bersantai atau menghadiri majlis tertentu.

Mengakui turut sama teruja dengan fesyen itu, pengasas Taenia_headband, Nordiana Samsudin, 28, mula menjalankan perniagaan menjual aksesori cekak rambut atau pengikat kepala bayi dan kanak-kanak sejak September 2013.

Minatnya terhadap bidang itu timbul sejak dia melahirkan bayi perempuannya pada akhir 2012. Bermula dari situ, dia kerap membeli aksesori rambut untuk digayakan bayinya.

"Sejak itu bermulanya perniagaan menjual aksesori ini dan kini, terdapat lebih daripada 10 rekaan terkini.

"Semua aksesori ini diperbuat menggunakan material lembut dengan pelbagai rekaan dan warna menarik yang pasti membuatkan si kecil kelihatan comel ketika menggayakannya," ujarnya.

Koleksi aksesorinya itu boleh digayakan bayi seawal usia baru dilahirkan, namun terdapat juga koleksi yang boleh digayakan wanita dewasa.

"Aksesori cekak rambut dan pengikat kepala ini didatangkan daripada fabrik sifon, organza dan satin manakala bahagian talinya pula daripada bahan lembut yang tidak mendatangkan bahaya kepada bayi.

"Selain mementingkan aspek keselesaan kepada si pemakai iaitu bayi, semua koleksi kami direka menggunakan corak dan warna yang amat menarik, sesuai untuk digayakan si comel," katanya yang terus menghasilkan rekaan terbaru berikutan sambutan menggalakkan.

Aksesori berkenaan dijual antara RM5 hingga RM12, bergantung kepada jenis dan rekaannya.

Semua koleksi aksesori Taenia_headband boleh didapati secara dalam talian dengan melayari Facebook di taenia baby headband atau Instagram taenia_headband.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Disember 2014 @ 8:46 PM