Oleh Aziman Rosdi


Kuala Lumpur: Walaupun ada pihak mendesak program Harimau Muda dibubarkan namun Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Fritz Schmid menganggap program itu masih relevan bagi pembangunan pemain muda buat masa ini.

Katanya matlamat program belum tersasar dengan pasukan itu terus mendapat latihan daripada barisan kejurulatihan yang baik serta diberikan pendedahan awal di luar negara.

“Pada peringkat usia 17 hingga 23 tahun adalah antara tempoh penting pembangunan pemain dan program Harimau Muda yang dilakukan oleh FAM memberi peluang kepada pemain mendapat pendedahan di peringkat tinggi,” kata Schmid.

Program Harimau Muda A, B, C membabitkan peringkat umur bawah 19 (B-19) hingga B-23 masih bertahan hingga kini sejak diwujudkan pada 2007 dan walaupun mengundang beberapa kontroversi ia tetap diakui berjaya melahirkan pemain bagus yang menyumbang kejayaan di pentas Sukan SEA dan Piala AFF.

Namun dengan perbelanjaan besar dilaburkan kepada pasukan ini bagi mengikuti siri latihan dan perlawanan di luar negara seperti di Slovakia dan Australia, program ini tidak lari daripada kritikan ramai pihak yang menganggap ia satu pembaziran.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mei 2015 @ 7:02 AM