Oleh Mohd Firdaus Hashim

Kuala Lumpur: Langkah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menghantar skuad Harimau Muda C ke Slovakia hujung bulan ini dianggap satu pelaburan membazir serta tidak membawa sebarang keuntungan dan kebaikan kepada masa depan bola sepak negara.

Biarpun sebelum ini banyak pihak termasuk Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendesak supaya FAM membubarkan program Harimau Muda, namun Pengarah Teknikal FAM Fritz Schmid dilihat sengaja ‘memekakkan telinga’ dengan tetap menyokong meneruskan program itu.

Menurut bekas pemain kebangsaan dan pengkritik bola sepak tanah air Khalid Ali, FAM seolah-olah tidak belajar daripada kesilapan lalu seperti yang terjadi kepada barisan pemain skuad kendalian Razip Ismail yang jelas gagal bersaing walaupun sudah banyak pendedahan diberikan di peringkat antarabangsa.

“Saya mengikuti rapat skuad Harimau Muda C yang bersaing dalam Liga FAM ketika ini. Terus terang saya katakan, tidak nampak apa istimewanya atau kelebihan pasukan itu untuk dihantar ke luar negara.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Mei 2015 @ 7:12 AM