Zulfahmi Khairuddin
Zulfahmi Khairuddin
Oleh Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Datuk Razlan Razali menegaskan sedia menilai semula prestasi pelumba Moto3 negara Zulfahmi Khairuddin pertengahan musim andai pelumba berusia 24 tahun itu terus mempamerkan aksi hambar pada saingan Kejuaraan Motosikal Dunia.

Namun menurut Razlan, beliau masih mengharapkan pelumba SIC Racing Team itu membuktikan sesuatu kepadanya kerana tiada gunanya menyingkirkan Zulfahmi andai tiada pelumba tempatan lebih baik mampu menggantikannya.

“Saya sedia menilai prestasinya dan tiada halangan untuk dia disingkirkan. Tapi kita kena fikir juga siapa yang boleh ambil tempat dia.

“Tak guna saya singkirkan Zulfahmi dan gantikan dengan pelumba yang belum bersedia sepenuhnya untuk menghadapi saingan sebesar itu.

“Kalau rakan sepasukannya juga gagal memberikan keputusan baik, saya boleh terima. Tapi sekarang ini situasi Zulfahmi sama seperti tahun lalu apabila dia gagal menyaingi rakan sepasukannya ketika itu, Alexis Masbou,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 April 2015 @ 7:43 AM