Koleksi musim bunga Timberland 2015 menawarkan imbangan tepat gaya dan perlindungan, membolehkan lelaki dan wanita bersedia dengan peralihan cuaca yang tidak dapat diduga.

Bersama koleksi musim bunga, Timberland membuat kaki anda bergaya dengan but Abington dan Monochromatic.

Tidak lupa pakaian luar yang ringan, Hypervent mengawal kepanasan dan angin musim bunga ringan dan kalis air untuk hari hujan.

Untuk koleksi pakaian lelaki 2015, jenama ini memperkenalkan jaket kalis air manakala kemeja, denim dan seluar direka untuk digayakan secara aktif.

Timberland turut menawarkan jaket kulit ringan, but paras pergelangan kaki yang kalis air dan denim berwarna-warni dari kepala hingga kaki mengikut peralihan dari cuaca musim sejuk kepada musim bunga.

Koleksi Abington hasil inspirasi daripada tradisi pembuatan kapal di Essex menampilkan kulit dan suede, perincian pakaian belayar.

Koleksi Monochromatic pula menawarkan but premium Monochromatic enam inci dengan pilihan warna seperti putih, jingga salmon dan kelabu.

Istimewanya, koleksi Hyvent Waterproof Outerwear yang moden, mudah dan ringan tersedia untuk lelaki dan wanita. Teknologi kalis air, membolehkan anda bersiap-sedia untuk sesuatu perubahan cuaca yang tidak dijangka.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 April 2015 @ 12:53 PM