KOLEKSI gaya terbaik jean pelbagai saiz dan stail sesuai dengan trend 2017.
KOLEKSI gaya terbaik jean pelbagai saiz dan stail sesuai dengan trend 2017.
Yusliza Yakimir Abd Talib


Monki melangkah masuk ke musim bunga 2017 dengan koleksi denim yang lebih segar dinamakan A Jeanious Spring.

Koleksi itu satu penghormatan kepada mereka yang tahu gaya terbaik jean datang dalam pelbagai saiz dan stail.

Menurut Ketua Pereka Monki, Caroline Carlryd, koleksi itu menggunakan 100 peratus kapas organik dengan memperkenalkan pelbagai warna baru denim, siluet dan gaya sesuai dengan trend 2017.

Koleksi menarik dengan denim atau jean klasik Monki ditambah dengan trend baru seperti helaian istimewa, warna blok, corak sulaman dan warna baru seperti merah jambu dan biru lembut.

Selain itu, jenama terbabit juga menyediakan koleksi lengkap dengan jaket denim dan kimono klasik. Jaket denim klasik juga didatangkan bersama trend siluet labuh. Denim klasik Monki masih mengekalkan konsep regangan super, 90-an, pinggang tinggi dan potongan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Mac 2017 @ 5:02 AM