Kuala Lumpur: Cabang penghantaran Pos Malaysia Bhd, PosLaju memenangi Anugerah Kecemerlangan Malaysia Frost and Sullivan 2015 bagi kategori Penyedia Perkhidmatan Laju Domestik Terbaik bagi kali ketujuh.

Pemangku Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Azlan Shahrim berkata, Anugerah Kecemerlangan Malaysia 2015 itu mengiktiraf amalan terbaik dan prestasi cemerlang syarikat-syarikat Malaysia dalam pelbagai sektor.

“Anugerah ini diberikan selepas Pos Malaysia dinamakan sebagai Jenama Terbaik Tahun 2015 (Anugerah Kebangsaan) dalam kategori Perkhidmatan Pos di Paris oleh Forum Penjenamaan Dunia pada Mac tahun ini,” katanya, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 April 2015 @ 9:14 AM