NAIB Presiden Frost & Sullivan, Sapan Agarwal (kiri) dan Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, Jasmine Lee pada Anugerah Kecemerlangan Malaysia Frost & Sullivan 2018.
NAIB Presiden Frost & Sullivan, Sapan Agarwal (kiri) dan Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, Jasmine Lee pada Anugerah Kecemerlangan Malaysia Frost & Sullivan 2018.
HM Digital

U Mobile meraih empat anugerah secara keseluruhan pada Anugerah Kecemerlangan Malaysia Frost & Sullivan tahun ini.

Tahun ini juga adalah kali kedua pengiktirafan U Mobile sebagai Pembekal Perkhidmatan Data Mudah Alih Terbaik Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wong Heang Tuck berkata, U Mobile menerima Anugerah Kecemerlangan 2018 untuk Pengalaman Pelanggan-Pengalaman Dalam Talian dalam Industri Telekomunikasi, Anugerah Kecemerlangan Malaysia 2018 untuk Pengalaman Pelanggan-Pengalaman Mudah Alih dalam Industri Telekomunikasi dan juga Anugerah Kecemerlangan Malaysia 2018 untuk Pengalaman Pelanggan-Pengalaman Keseluruhan dalam Industri Telekomunikasi.

“Kami sentiasa membuat pembaharuan untuk mewujudkan idea tanpa batasan demi mempertingkat pengalaman pelanggan dari segi data mudah alih dan juga khidmat pelanggan,” katanya.

“Secara tidak langsung, pengiktirafan anugerah ini membuktikan kami sedang memacu ke arah matlamat yang ingin dicapai dan memberikan maklum balas tepat terhadap permintaan pelanggan,” katanya.

Menurutnya, pada 2017, U Mobile sudah berusaha untuk menawarkan perkhidmatan seperti App-Onz yang membolehkan pelanggan prabayar menikmati data tanpa had bagi Facebook, Instagram dan Twitter.

“Data yang tidak terhad bagi pelanggan prabayar memang sesuatu yang tidak pernah wujud sehingga syarikat telekomunikasi ini memperkenalkan App-Onz.

“Selain App-Onz, U Mobile juga terkenal sebagai syarikat telekomunikasi pertama yang menawarkan data percuma bagi aplikasi Waze, juga yang pertama memberikan perkhidmatan 4.5G pada 1800MHz dan 2600MHz secara komersial,” katanya.

“Malah, kami juga syarikat telekomunikasi pertama yang menawarkan insurans mikro hayat melalui aplikasi telefon pintar kepada pelanggan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Julai 2018 @ 2:30 PM