WONG Heang Tuck. FOTO Hafiz Sohaimi
WONG Heang Tuck. FOTO Hafiz Sohaimi
Bisnes HM


U MOBILE dinamakan sebagai Pengendali Perkhidmatan Mudah Alih Terbaik Tahun Ini melalui Anugerah Amalan Terbaik Frost & Sullivan Asia Pasifik 2020.

Ia adalah kali ketiga U Mobile menerima anugerah berkenaan selepas turut diberikan pengiktirafan sama pada 2017 dan 2019.

Syarikat telekomunikasi (telco) itu turut diiktiraf dalam lima kategori di bawah Pengalaman Pelanggan yang Cemerlang untuk Industri Telekomunikasi 2020 iaitu Pengalaman Keseluruhan, Pengalaman Mudah Alih, Pengalaman Dalam Talian, Pengalaman Pusat Perhubungan dan Pengedar.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wong Heang Tuck berkata, anugerah itu adalah bukti komitmen U Mobile untuk terus menginovasi produknya dan mengembangkan perniagaan bagi memenuhi keperluan pelanggan di pasaran perkhidmatan telekomunikasi.

"Kami gembira dengan penghargaan sebagai Penyedia Perkhidmatan Mudah Alih Terbaik Malaysia untuk kali ketiga.

"Ini adalah bukti bahawa walaupun kami adalah telco termuda, namun usaha untuk berinovasi dan melabur dalam rangkaian telah membuahkan hasil.

"Kami bekerja keras untuk menjadi setaraf dengan telco lain yang telah lama bermula kerana ingin meningkatkan pengalaman pelanggan sehingga mereka dapat memanfaatkan sepenuhnya potensi.

"Sudah tentu, anugerah kami ini tidak mungkin tercapai sekiranya bukan disebabkan oleh sokongan pelanggan dan pihak berkepentingan kami serta seluruh keluarga U Mobile," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, Penyelidik Bersekutu (Amalan ICT) Frost & Sullivan, Sofea Zukarnain berkata, berdasarkan analisisnya terhadap pasaran penyedia perkhidmatan mudah alih Malaysia, pihaknya mengiktiraf kemenangan U Mobile kerana strategi pengambilalihan dan pengekalan pelanggan telco, disokong oleh rangkaian produk dan penawaran perkhidmatan yang kukuh.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Ogos 2020 @ 4:30 PM