HARLEY-Davidson Street 750.
HARLEY-Davidson Street 750.
Oleh Erywan Norshal


Petaling Jaya: Naza Prestige Bikes Sdn Bhd melancarkan model terbaru Harley-Davidson Street 750 dengan gaya Dark Custom sebentar tadi.

Menariknya, ia dijual pada harga RM62,888 termasuk cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang turut ditawar tempoh jaminan kilang selama dua tahun.

Ia menggunakan enjin V berkembar Revolution X terbaru bersesaran 749 cc yang menghasilkan 54 kuasa kuda (hp).

Harley-Davidson Street 750 itu hadir dengan berat kering 206 kilogram.

Kapasiti bahan api mencecah 13.1 liter, yang mana tahap kecekapan petrol purata sehingga 5.7 liter bagi setiap 100 kilometer.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 April 2015 @ 3:50 PM