SEORANG wanita yang cedera dipapah melintasi satu mayat di luar Kementerian Pelajaran di Mogadishu, semalam.
SEORANG wanita yang cedera dipapah melintasi satu mayat di luar Kementerian Pelajaran di Mogadishu, semalam.

Mogadishu: Kumpulan militan Shebab semalam merempuh Kementerian Pelajaran Tinggi Somalia dengan sebuah kereta yang sarat dengan bom sebelum menyerbu ke dalam bangunan, membunuh sekurang-kurangnya enam orang.

Polis dan saksi berkata, bom kereta itu menyebabkan letupan kuat hingga membolehkan kumpulan bersenjata yang ada hubungan dengan al-Qaeda itu menyerbu memasuki bangunan yang dikawal ketat itu.

“Enam orang terbunuh, kebanyakan orang awam. Bagaimanapun, bangunan kementerian itu selamat dan tentera kerajaan menguasai sepenuhnya,” kata jurucakap polis Ahmed Weli Malim, selepas pertempuran selama sejam.

Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada yang terbunuh itu kumpulan penyerang, orang ramai atau pekerja. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 April 2015 @ 9:32 AM