SOLAT jenazah di Masjid Baitul Rahman, Kampung Sungai Damit. FOTO Izhari Ariffin
SOLAT jenazah di Masjid Baitul Rahman, Kampung Sungai Damit. FOTO Izhari Ariffin
Oleh Junaidi Ladjana


Tuaran: Jenazah Koperal Razkan Seran, 31, selamat dikebumikan di kampung isterinya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Damit, di sini, jam 11.20 malam tadi.

Turut berada di tanah perkuburan itu ialah isteri arwah, Seti Nurafenei Anou, 29, dua anaknya, ibu Razkan Subarah Jili, 69, dan ahli keluarga serta penduduk kampung.

Suasana di tanah perkuburan juga diselubungi tangisan ibu, isteri dan saudara mara serta rakan terdekat.

Terlebih dahulu, jenazah Razkan selamat tiba di Padang Tuaran pada jam 8.40 malam menggunakan helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis EC725 sebelum dibawa ke Masjid Kampung Sungai Damit untuk di sembahyangkan.

Jenazah Razkan kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Damit, di sini, sebelum dikebumikan pada 11.20 malam tadi.

Hadir sama pada majlis pengkebumian berkenaan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Hajiji Mohd Noor dan Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Jahid Jahim.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 April 2015 @ 11:45 PM