AFFENDI menunjukan gambar Razkan berada di dalam helikopter sebelum kejadian itu berlaku. FOTO  Izhari Ariffin
AFFENDI menunjukan gambar Razkan berada di dalam helikopter sebelum kejadian itu berlaku. FOTO Izhari Ariffin
Oleh Junaidi Ladjana

Tuaran: "Saya masih menunggu Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis”. Itulah tulisan terakhir Allahyarham Razkan Seran melalui aplikasi Whatsapp sebelum helikopter dinaiki mereka terhempas di Kampung Pasir Baru, Sungai Pening, Semenyih, semalam.

Foto Razkan berada di dalam helikopter itu dikongsikan dalam kumpulan Whatsapp penduduk Kampung Saradan, Tuaran (Tenghilan), 3.30 petang semalam, iaitu sebelum helikopter berkenaan terhempas.

Bapa saudara arwah, Affendi Abdul Hamif berkata, gambar itu dihantar melalui aplikasi whatsapp sebelum kejadian helikopter yang dinaiki mereka terhempas.

"Gambar itu dihantarnya sendiri dan mengatakan dia (arwah) masih menunggu Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.

"Namun, selepas kejadian helikopter yang dinaiki mereka terhempas, kami cuba menanyakan keadaan Razkan, tetapi tiada jawapan," katanya ketika ditemui.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 April 2015 @ 1:26 PM