ZAINOL (kanan)  bersama seorang mangsa ribut, Mohd Samuri Karno.
ZAINOL (kanan) bersama seorang mangsa ribut, Mohd Samuri Karno.
Oleh Abu Bakar Al Sidek

Teluk Intan: “Saya terkejut dan terpinga-pinga selepas dihempap kayu,” kata Ali Ariffin yang lebam di pipi kiri ditimpa kayu penahan bumbung kedainya dalam kejadian ribut di Parit 12A, Sungai Manik, di sini kelmarin.

Dalam kejadian ribut kira-kira jam 5 petang itu, sebanyak 28 rumah rosak dengan kebanyakan bumbungnya diterbangkan angin dan membabitkan kerugian RM60,000, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ali, 52, yang juga seorang peniaga ayam berkata, ketika kejadian dia bersama isterinya, Rozita Abdul Wahab, 46, sedang menyiang ayam untuk dimasak sebelum tiba-tiba kayu jatuh menghempapnya akibat ribut berkenaan.

Seorang warga tua yang lumpuh kedua-dua kakinya, Hafsah Sari, 74, hanya mampu melaungkan azan sekuat hati sebaik ribut kencang berlaku secara mengejut di rumahnya di kawasan sama.

“Saya sedang berbaring atas tilam dan tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat dari atas bumbung rumah,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 April 2015 @ 7:49 AM