KANAK-kanak yang tersepit di lantai pemijak papan gelongsor. FOTO ihsan pembaca
KANAK-kanak yang tersepit di lantai pemijak papan gelongsor. FOTO ihsan pembaca
Oleh Azma Razana Johari


Nibong Tebal: Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan hampir tiga jam selepas jari telunjuk tangan kirinya tersepit di celah lubang lantai papan gelongsor di Taman Permainan Sungai Acheh, di sini.

Difahamkan, dalam kejadian 6 petang semalam, kanak-kanak berusia 5 tahun itu sedang bermain di taman permainan berkenaan bersama beberapa rakannya.

Penyelia Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal, Pegawai Bomba Kanan 2 Mohd Safi @ Roslan Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6.20 petang.

Menurutnya, bomba terpaksa mengambil masa yang lama kerana lantai besi tempat jari kanak-kanak itu tersepit tebal dan proses memotong terpaksa dilakukan berhati-hati.

"Bomba menggunakan peralatan memotong grander untuk mengeluarkan jari kanak-kanak itu dan kerja pemotongan dilakukan penuh berhati-hati kerana jari kanak-kanak telalu sensitif,"katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Mac 2015 @ 5:26 PM