SS pernah bekerjasama dengan seorang artis ini. SS tidaklah kenal bagaimana personalitinya, namun selepas mengadakan sesi temu bual dengannya, sejak itu apabila berjumpa di mana-mana majlis dia seperti tidak kenal dengan SS.

Mula-mula rasa pelik juga, namun selepas dirisik-risik SS dapat tahu, ramai individu yang sudah terkena dengan sikapnya itu.

Difahamkan sikapnya memang pelik kerana sering bersikap tidak kenal dengan mana-mana orang yang pernah bekerjasama dengannya.

Malah seorang PRO yang pernah menguruskannya juga mengalami perkara yang sama. Kata PRO berkenaan, disebabkan sikapnya itu dia susah hendak meminta wartawan mengadakan fotografi kerana ramai yang kurang berkenan dengan penyakit artis itu yang ‘tidak kenal’ orang.

Menurut PRO itu lagi, tidak dinafikan, artis berkenaan anak orang berada dan boleh mendapatkan apa saja yang dia mahu. Kerana itulah dia mampu membayar mana-mana syarikat untuk menghasilkan lagu-lagu ciptaannya.

Boleh dikatakan, lagu-lagu artis ini juga sangat popular dan dikenali ramai. Namun kalau lagu saja popular orangnya kita tidak kenal, susah jugakan.

Bukan tidak pernah ditegur, tapi dia beri alasan dia bukan sengaja kadang tidak perasan orang yang ditemui itu adalah wartawan yang pernah menemubualnya.

Macam tidak logik pula alasan artis ini. Apa pun terpulanglah kalau itu kehendak dirinya. Jangan pula mengeluh kalau lepas ini orang masih tidak kenal siapa anda.

SS: Tak kenal maka tak cinta.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 April 2015 @ 1:06 PM