ISTIADAT Siram Tabal di perkarangan Istana Besar, Johor Bahru. FOTO Yazit Razali
ISTIADAT Siram Tabal di perkarangan Istana Besar, Johor Bahru. FOTO Yazit Razali
Oleh Mohamad Fahd Rahmat

Johor Bahru: Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar bersama Raja Zarith Sofiah Sultan Idris sempurna menjalani istiadat Siram Tabal, di Panca Persada Bukit Bintang di Istana Besar, di sini, hari ini.

Istiadat itu atau ringkasnya disebut istiadat raja bersiram itu dijalankan mengikut tradisi lama dengan air yang digunakan diambil secara tertib daripada 10 hulu sungai di seluruh daerah negeri ini.

Istiadat bersiram berkenaan diadakan sebagai simbolik membersihkan diri dan sebelum baginda memulakan tugas selain disempurnakan atas peterana sembilan tingkat di Bukit Bintang.

Istiadat berkenaan yang berlangsung kira-kira setengah jam itu dimulakan dengan bacaan doa dan menepung tawar yang disempurnakan ahli kerabat diraja.

Turut hadir, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Che' Puan Khaleeda Bustamam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Mac 2015 @ 6:34 PM