TUNKU Ismail Ibrahim mewakili ayahandanya, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama jemaah membaca surah yasin sempena Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor. FOTO Aizuddin Saad
TUNKU Ismail Ibrahim mewakili ayahandanya, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama jemaah membaca surah yasin sempena Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor. FOTO Aizuddin Saad
Oleh Mohamad Fahd Rahmat

Johor Bahru: Sekurang-kurangnya seribu tetamu hadir pada majlis tahlil, bacaan yasin dan doa selamat sempena Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Masjid Sultan Abu Bakar, di sini.

Berangkat ke majlis berkenaan, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Che' Puan Khaleeda Bustamam Tunku Aminah; Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman; Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar.

Hadir sama, Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Ismail Karim, Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin dan Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadot.

Majlis bermula sejak solat Maghrib sehingga Isyak.

Istiadat Siram Tabal dijangka berlangsung di Panca Persada Bukit Bintang di perkarangan Istana Besar, kira kira 3 petang, esok.

Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim sebagai Sultan Johor Kelima dalam sejarah Johor moden akan berlangsung di Istana Besar, di sini, Isnin ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Mac 2015 @ 9:42 PM