ASKAR Timbalan Setia  Johor  membawa bendera Diraja Johor sebelum upacara menaikkan bendera.
ASKAR Timbalan Setia Johor membawa bendera Diraja Johor sebelum upacara menaikkan bendera.
Oleh Intan Mas Ayu Shahimi

Kuala Lumpur: Istiadat Siram Tabal sempena Kemahkotaan Sultan Ibrahim Iskandar dijadualkan berlangsung mengikut adat tradisi Melayu di Pekarangan Bukit Bintang, Istana Besar, Johor Bahru, Sabtu ini.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, istiadat siram tabal atau mandi itu adalah acara simbolik untuk membersihkan diri dan jiwa Tuanku sebelum baginda memulakan tugas.

“Saya pasti rakyat sendiri tertanya-tanya mengapa kita adakan istiadat bersiram dan ditonton kaum kerabat.

“Sebenarnya, istiadat ini hanyalah simbolik untuk membersihkan diri dan jiwa seseorang supaya dapat menolak bala serta menentukan keselamatan pada masa akan datang.

“Kalau dilihat dari sudut agama, Islam menggalakkan kita mandi sebelum menjalankan tugas. Begitu juga adat Melayu,” katanya.

Jelas beliau, Istiadat Siram Tabal atau ringkasnya disebut istiadat raja bersiram itu nanti akan dijalankan mengikut tradisi lama.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Mac 2015 @ 5:28 AM