NORHAYATI  bersama penghuni Rumah At-Taqwa.
NORHAYATI bersama penghuni Rumah At-Taqwa.
Oleh Nur Lela Zulkipli

Puchong: “Biar saya tak makan, asalkan anak yatim ini kenyang dan sihat,” kata Pengurus Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa Putra Perdana (At-Taqwa), Norhayati Wan Abib, 39, yang mengakui bukan mudah membuka sebuah rumah kebajikan tanpa bantuan dan modal yang besar.

Keadaan menjadi semakin sukar apabila ibu kepada tiga cahaya mata itu mengambil keputusan berhenti kerja sebagai guru di sekolah agama lima tahun lalu untuk membantu anak yatim dan kurang berkemampuan di sekitar Puchong.

Bermula dengan empat anak yatim yang terdiri daripada bekas pelajarnya pada 2011, rumah At-Taqwa kini didiami 60 anak yatim selain turut membantu 130 orang kurang berkemampuan.

Menceritakan kembali saat awal penubuhan rumah kebajikan itu, Norhayati dan suaminya Amran Khalid, 41, menggunakan semua wang simpanannya untuk membayar sewa rumah kebajikan berkenaan sehinggalah beliau ditawarkan rumah secara percuma oleh orang awam sebagai penempatan tetap anak yatim terbabit.

“Kami makan nasi digaulkan garam apabila kesempitan duit. Kalau bernasib baik, ada menyumbangkan sedikit wang supaya saya boleh beli telur untuk dijadikan lauk.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Mac 2015 @ 5:18 AM