Mohammad Azlan  (dua dari kanan) bersama jemaah Masjid At-Taqwa membaca Yasin.
Mohammad Azlan (dua dari kanan) bersama jemaah Masjid At-Taqwa membaca Yasin.
Johan  (tengah) pada majlis solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat.
Johan (tengah) pada majlis solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat.

Kuala Lumpur: Hampir 1,000 warga Media Prima Berhad (MPB) serta penduduk setempat memenuhi Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail malam tadi menyertai solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat untuk mangsa banjir di seluruh negara anjuran MPB dan pengurusan masjid susulan bencana itu baru-baru ini.

Majlis bermula dengan solat Maghrib jam 7.20 petang disusuli solat hajat dan bacaan Yasin buat mangsa banjir yang dipimpin Ketua Imam masjid itu, Ustaz Wan Aziz Wan Omar sebelum diteruskan solat Isyak dan doa selamat sempena ketibaan 2015 minggu lalu.

Turut hadir Pengerusi MPB Tan Sri Johan Jaaffar; Pengarah Urusan Kumpulan MPB, Datuk Seri Amrin Awaluddin; Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) Datuk Mohammad Azlan Abdullah dan Pengerusi Masjid At-Taqwa Tan Sri Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 January 2015 @ 7:26 AM